Friday, October 31, 2008

Ceramah "Menggarap Motivasi Diri"

Ceramah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling SMKTP dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mengenengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.
Ceramah ini memberi pendedahan tentang motivasi dan dorongan sebagai satu bentuk yang menjadi unsur penting bagi menyedarkan dan menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna.

Maklumat Ceramah :
Tarikh : 1 Ogos 2008
Tempat : SMK Taman Putri, Kulaijaya

Thursday, October 30, 2008

Projek menceriakan Kelas 1A (KRK)

Suasana tempat belajar yang ceria boleh meransang minda seseorang murid. untuk itu kelas 1KRK perlu diberi sentuhan baru iaitu dengan mengecat semula bagi menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih berkesan. Projek telah dijalankan pada 18 hingga 24 Ogos 2008 sewaktu cuti persekolahan.